PETALING JAYA: Pemain striker Harimau Malaya, Faisal Halim, dilaporkan disimbah asid oleh dua orang individu pada 5 Mei 2024.
Menurut sumber, dalam kejadia kira-kira 4:40 petang, Faisal bersama isteri dan anaknya keluar daripada sebuah pusat beli-belah di Petaling Jaya.
Dikatakan bahawa, Faisal sedang membuat bayaran parkir dan pergi berseorangan menuju ke keretanya yang terletak kira-kira 50 meter dari pintu masuk pusat beli-belah itu.
Sewaktu sahaja Faisal membuka pintu kenderaan dan duduk di tempat pemandu, datangnya 2 individu menunggang motosikal menghampiri kenderaannya.
2 individu penunggang motosikal itu menegurnya dengan mengatakan 'goodluck' sebelum menyimbah asid ke arah Faisal.
Dikatakan suspek sempat patah balik untuk mengambil botol asid yang terjatuh semasa menyimbah asid sebelum melarikan diri menaiki motosikal.
Sebaik suspek melarikan diri, salah seorang saksi kejadian menghubungi polis untuk melaporkan kejadian tersebut.
Sebaik sahaja ambulan sampai, Faisal Halim dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.
No comments:
Post a Comment