SYAFIYAH


 Perkataan 'kalau' itu datangnya daripada syaitan. Seolah-olah kita tak terima apa yang Allah telah takdirkan untuk kita. Seolah-olah kita mempersoalkan ketentuan-Nya. Sedangkan semua yang berlaku adalah apa yang telah ditetapkan oleh Allah. Dia tidak menciptakan kita semata-mata. Namun Dia juga sudah cipta jalan cerita buat kita yang sudah disusun sebaik mungkin.

Normal untuk seseorang berasa sedih ke atas dugaan yang menimpanya. Kerana itulah Allah menciptakan air mata. Ia melegakan. Namun janganlah bersedih terlalu lama. Cukuplah sekadar melunaskan fitrah sebagai manusia. Jangan sampai tergolong Dalam golongan hamba yang kecewa dengan perancangan Allah ke atas dirinya. Jangan sampai kita buta nikmat-nikmat kurniaan Allah yang melata.

......

Diberi nama Nurul Syafiyah Adriana atau lebih dikenali sebagai Syaf Adriana.
Seorang introvert yang tak berapa nak introvert.
Seorang 'people pleaser' yang selalu merasakan 'guilty' terhadap diri sendiri.
Juga seorang editor bebas di Tiktok yang memiliki lebih 200+ ribu followers, tetapi masih kekal menjadi editor yang 'anonymous'.
 Mungkin akan mencuba benda baru, iaitu menulis. Mungkin.. Siapa tahu akan jadi betul-betul?
InsyaAllah, kalau itu yang terbaik. Doakan...
Ini sahaja yang boleh diceritakan tentang saya. Sekian, terima kasih hihihi.

No comments:

Post a Comment

Mayat Nur Farah hampir reput ketika ditemui - Ketua Polis Selangor

SUNGAI BULOH: Graduan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Farah Kartini Abdullah dipercayai meninggal dunia, beberapa hari sebelu...