Friday, May 24, 2024

Remaja 20 tahun tergamak rodok belakang ibu lepas datuk keluar rumah di Jempol

 SEORANG remaja berusia 20 tahun ditahan oleh pihak polis selepas tergamak menikam ibunya sendiri di Jempol, Negeri Sembilan.

Remaja berusia 20 tahun itu yang tinggal bersama datuknya di Kuala Lumpur ditahan pihak polis selepas menikam ibunya di sebuah rumah di Jempol. — Gambar hiasan


Remaja perempuan tersebut dikatakan menikam ibunya di rumah mereka sendiri dekat Felda Raja Alias sekitar 1 tengah hari Sabtu minggu lepas (22 Jun).


Ketua Polis Jempol, Superitendan Hoo Chang Hook berkata, remaja tersebut menikam ibunya selepas suspek dan mangsa terlibat dalam pergaduhan sejurus selepas datuknya keluar rumah.


"Suspek tinggal di Kuala Lumpur dan dia ke rumah bersama bapa mangsa pada hari tersebut untuk melawat anak lelaki bongsunya. Selepas bapa mangsa meninggalkan rumah, pertengkaran berlaku antara suspek dan mangsa.


"Suspek kemudiannya keluar daripada rumah dan melarikan diri menggunakan menggunakan kereta bapa si mangsa," katanya.


Menurut Chang Hook, mangsa masih lagi terselamat dan tidak meninggal dunia selepas ditikam. Namun, mangsa mengalami pendarahan akibat luka di belakang badan.


Doktor yang merawat mangsa mengatakan luka tersebut sedalam 2.5 sentimeter.


"Mangsa kemudiannya dikejarkan ke hospital dan doktor mengesahkan dia mengalami luka sedalam 2.5 sentimeter.

"Kami masih mencari motif serangan tersebut," kata Chang Hook.


Dalam masa yang sama, Chang Hook mengatakan suspek sudah mengaku dia melakukan tindakan tersebut.


Kes tersebut di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan dengan menikam serta Seksyen 379A kerana mencuri. 

Motor terbakar sampai hangus, rider kecewa tiada pemadam api, dakwa tidak dibantu RELA di CIQ

 SEORANG pengguna akaun Facebook, Mohd Fuad menyuarakan kekecewaannya terhadap tahap keselamatan di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar, Johor selepas motosikal ditunggang bersama isterinya terbakar pada Ahad lalu.



Tangkap layar daripada rakaman sebuah motosikal terbakar di CIQ dipercayai berlaku pada Ahad lalu.


Dalam satu video tular, kenderaan yang difahamkan miliknya kelihatan dijilat api, namun penunggang tersebut tidak kelihatan berhampiran motosikal berkenaan.


Insiden itu menimbulkan persoalan mengenai tahap kecekapan petugas dan prosedur keselamatan di bangunan berkenaan yang tidak memiliki alat pemadam api berfungsi.


Berdasarkan perkongsian daripada isteri mangsa, Khasidah Abdullah di ruangan komen, dia menceritakan tiada kecelakaan berlaku, namun tahap keselamatan di CIQ perlu ditambah baik.


"Apa yang kami risaukan adalah untuk memadamkan api dengan segera dan tidak mencederakan penunggang yang lain kerana anggota RELA di lokasi pun tidak tahu pemadam api yang terdekat.


"Sesalur air berdekatan pun suami saya tidak dibenarkan untuk pecahkan kerana tiada kunci tersedia. Jadi, apabila ada seorang penunggang lokal datang untuk bantu, dia cakap pecahkan sahaja dahulu.


"Anggota bomba yang datang selepas api sudah dipadamkan pun tanya apa yang anggota RELA lakakun dan tanya mengapakah tiada pemadam api berdekatan? Yang penting, saya bersyukur dan semoga perkara sebegini tidak berlaku pada anda yang lain," dakwanya.


Kejadian difahamkan berlaku pada waktu tengah hari dengan petugas di CIQ difahamkan tidak bersedia untuk memberikan bantuan kecemasan terhadap orang ramai.


Jadi, masalah berkenaan sudah tentu menjadi bahan bualan pengguna yang sering melalui sempadan negara itu sama ada untuk masuk atau ke luar negara.

Mayat Nur Farah hampir reput ketika ditemui - Ketua Polis Selangor

SUNGAI BULOH: Graduan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Farah Kartini Abdullah dipercayai meninggal dunia, beberapa hari sebelu...