Sunday, May 26, 2024

Pegawai mabuk tidak berbaju tunjuk ves polis di George Town sedang dalam proses tindakan tatatertib

 SEORANG lelaki tidak memakai baju dipercayai dalam keadaan mabuk menunjukkan ves polis kepada pekerja kontraktor jalan di Jalan Air Itam dekat George Town, Pulau Pinang baru-baru ini merupakan seorang pegawai kanan polis.



Tangkap layar seorang lelaki tidak memakai baju dipercayai dalam keadaan mabuk menunjukkan ves polis kepada pekerja kontraktor jalan di Jalan Air Itam baru-baru ini.


Perkara tersebut disahkan oleh Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid.


Katanya, pegawai kanan yang menunjukkan ves keselamatan polis dalam rakaman video seperti yang tular di media sosial itu kini sedang dalam proses dikenakan tindakan tatatertib oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS).


"Pada 26 Jun pukul 9 pagi, polis Daerah Timur Laut terkesan satu rakaman klip video dimuatkan pemilik akaun TikTok memaparkan kejadian seorang individu dipercayai di bawah pengaruh alkohol menunjukkan ves polis kepada orang awam.


"Hasil semakan mendapati kejadian berlaku di Jalan Air Itam dan individu terbabit adalah seorang pegawai kanan polis yang sedang dalam proses tindakan tatatertib jabatan," katanya dalam kenyataan pada Khamis.


Melalui video berdurasi enam saat dimuat naik di aplikasi TikTok Isnin lalu, memaparkan seorang lelaki tidak memakai baju dipercayai dalam keadaan mabuk menunjukkan ves polis kepada pekerja kontraktor jalan.


Sementara itu, dalam satu lagi kes yang tular herhubung dakwaan kematian di sebuah perumahan polis, Razlam berkata kejadian disahkan berlaku pada 18 Mac lepas di perumahan polis di George Town.


Beliau berkata, polis terkesan klip video berdurasi dua minit 41 saat itu dimuat naik oleh pemilik akaun TikTok pada pukul 6.30 petang Rabu dengan mendakwa kononnya kes itu tidak mendapat pembelaan sewajarnya daripada polis.


"Semakan mendapati kejadian tersebut berlaku pada 18 Mac dan siasatan pihak polis di tempat kejadian tidak menjumpai sebarang kesan akibat daripada perbuatan jenayah.


"Bedah siasat yang dijalankan oleh Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang (HPP) juga mendapati punca kematian mangsa disebabkan kecederaan susulan terjatuh dari tempat tinggi dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya sambil menjelaskan kes masih dalam siasatan dan menunggu laporan bedah siasat serta kimia.

Sesi pemulihan Faisal Halim ambil masa - MB

SEMUA pihak diminta untuk memberikan ruang dan privasi kepada pemain Selangor FC, Faisal Halim untuk memberi tumpuan kepada proses pemulihannya.


Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, ini kerana, proses rawatan dan pemulihan bintang bola sepak itu akan mengambil masa dan memerlukan laporan lengkap pakar perubatan.


"Saya dikhabarkan Faisal sudah keluar semalam dan kita tunggu laporan doktor untuk memulakan latihan sebagai atlet dan untuk pemain dalam keadaan terbaik, (beliau) memerlukan masa lagi," katanya pada Ahad.


Menteri Besar ditemui selepas berakhir Majlis Perasmian Festival Turath Islami Selangor 2024 di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini pada Ahad.


Terdahulu, selepas tiga minggu menjalani rawatan di hospital, pemain Selangor FC (SFC), Faisal Halim akhirnya dibenarkan pulang ke rumahnya pada Sabtu.


Perkembangan itu dimaklumkan SFC menerusi kenyataan selepas Faisal mengharungi empat pembedahan sepanjang berada di hospital swasta selepas menjadi mangsa simbah asid pada 5 Mei lalu.


Faisal yang juga pemain kebangsaan akan menjalani rawatan susulan selepas ini termasuk dari aspek psikologi dalam usaha untuknya kembali beraksi di atas padang.

Pemain kebangsaan itu sebelum ini mengalami luka lecuran tahap empat selepas menjadi mangsa simbahan asid di sebuah pusat beli-belah di Kota Damansara.


Berdasarkan laporan sebelum ini juga, pemain sayap berusia 26 tahun itu dijangka memerlukan tempoh antara tiga hingga enam bulan lagi sebelum boleh kembali beraksi.


Menerusi kenyataan sama, SFC turut berterima kasih kepada semua pihak terlibat sepanjang Faisal menerima rawatan termasuk rakyat Malaysia yang mendoakan kesembuhan pemain itu.

Mayat Nur Farah hampir reput ketika ditemui - Ketua Polis Selangor

SUNGAI BULOH: Graduan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Farah Kartini Abdullah dipercayai meninggal dunia, beberapa hari sebelu...