Monday, May 27, 2024

Gas bocor di Sungai Petani, 21 pekerja kilang muntah, sukar bernafas

 SERAMAI 21 pekerja kilang pengeluaran produk berasaskan getah di Kawasan Perindustrian Bakar Arang, Sungai Petani, Kedah dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) pada Khamis selepas mengalami kesukaran bernafas dan muntah dipercayai akibat terhidu gas ammonia.



Antara anggota bomba yang berada di lokasi untuk membuat pemeriksaan. — Bomba



Komander Operasi Kanan Zon 2 Sungai Petani Penguasa Bomba, Johari Bar Azwar berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kebocoran bahan kimia di kilang itu pada pukul 10.01 pagi Khamis.


"Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) dari balai bomba dan penyelamat Kulim Hi-Tech turut ke lokasi untuk mengenal pasti bahan tersebut dan menjalankan prosedur pembendungan yang diperlukan," katanya



Pihak bomba menerima panggilan mengenai kebocoran bahan kimia di kilang itu pada pukul 10.01 pagi Khamis. — Bomba



Beliau berkata keadaan terkawal pukul 10.29 pagi.


Sebelum ini, media melaporkan seorang pekerja pengsan di kilang itu pengsan manakala 16 yang lain mengalami kerengsaan mata dan pening selepas tumpahan bahan kimia yang berlaku pada petang Rabu. — The Star

Faisal Halim kini ditempatkan di lokasi rahsia



KUALA LUMPUR: Pemain Selangor FC (SFC), Faisal Halim yang sebelum ini mengalami kecederaan melecur tahap empat akibat disimbah asid, kini ditempatkan di lokasi rahsia bagi menjalani proses pemulihan sepenuhnya.


Ahli Lembaga Pengarah Selangor FC, Datuk Seri Shahril Mokhtar memaklumkan keputusan untuk tidak membiarkan Faisal berehat di rumah adalah atas faktor keselamatan.


"Jadi buat masa ini di buat recovery (pemulihan) bukan di rumah, di tempat yang kelab telah tetapkan atas faktor keselamatan. Jadi kalau ada apa-apa sidang media, kemudianlah.


"Beri masa agar bila Faisal Halim sudah betul-betul bersedia (buat penampilan). Tetapi ini akan mengambil masa yang lama sedikitlah. Dia tengah go through dia punya recovery period dia sekarang," katanya.


Beliau berkata demikian ketika dihubungi Astro AWANI pada Isnin.


Dalam masa sama, Shahril memberitahu pasukan perubatan bersetuju membenarkan Faisal keluar dari hospital selepas tiga minggu menjalani rawatan selepas menjadi mangsa serangan asid pada 5 Mei lalu.


Namun begitu, Faisal perlu berulang alik ke hospital untuk proses rawatan susulan termasuk urusan cuci luka dan sebagainya.


Pemain sayap kebangsaan itu telah dibenarkan keluar dari hospital pada Sabtu selepas tiga minggu menerima rawatan akibat disimbah asid.


Selangor FC menerusi satu kenyataan memaklumkan, perkembangan positif itu susulan Faisal yang turut dikenali sebagai Mickey, telah menjalani empat pembedahan untuk merawat kecederaan lecuran tahap empat.


Berdasarkan pemerhatian dan rawatan doktor pakar yang bertugas, pemulihan Faisal daripada kecederaan serius itu amat luar biasa dan melangkaui jangkaan semua pihak.


Mayat Nur Farah hampir reput ketika ditemui - Ketua Polis Selangor

SUNGAI BULOH: Graduan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Farah Kartini Abdullah dipercayai meninggal dunia, beberapa hari sebelu...