Tuesday, May 28, 2024

Tinggal 5 peratus lagi Faisal Halim akan pulih sepenuhnya

 TAHAP kesembuhan pemain sayap Selangor FC, Faisal Halim kini menghampiri tahap pulih sepenuhnya.



Faisal (tiga dari kiri) sewaktu kemunculan pertamanya sejak insiden simbah asid. — Selangor FC


Memetik laporan Selangor Kini, bapa Faisal, Halim Saad mengatakan tahap kesembuhan Faisal akibat disimbah asid pada Mei lalu kini mencapai 95 peratus.


Menurut Halim, Faisal menunjukkan perkembangan cukup baik dan ia dapat dilihat apabila pemain itu melakukan senaman ringan serta fisioterapi.


Halim turut berkata yang fokus Faisal terarah kepada untuk kembali bermain bola sepak secepat mungkin.


"Terima kasih kepada pengurusan Selangor FC yang beri sepenuh perhatian kepada dia. Mental dia kuat sebab jiwa dia, jiwa bola.

"Dia pun sudah tak fikir benda lain dan hanya mahu kembali bermain bola," kata Halim.


 

Faisal bersemangat untu kembali beraksi secepat mungkin. — Selangor FC


Semangat dan keazaman Faisal untuk kembali beraksi sememangnya mendapat pujian banyak pihak. Di kala ramai menjangkakan musimnya bersama Selangor kali ini sudah tamat, tetapi bintang Harimau Malaya itu berazam mahu kembali bermain secepat mungkin.


Malah, ketika kali pertama kembali berdepan media sejak insiden tersebut, Faisal menyatakan dia mahu kembali selepas satu atau dua bulan.


Berdasarkan perancangan yang dibuat oleh Selangor, mereka mensasarkan Faisal untuk pulih daripada kecederaannya terlebih dahulu sebelum melakukan persiapan kembali beraksi.


Di atas kertas, masih lagi ada beberapa tahap untuk Faisal lalui sebelum dia boleh kembali berlatih dan beraksi untuk Selangor.

Mayat Nur Farah hampir reput ketika ditemui - Ketua Polis Selangor

SUNGAI BULOH: Graduan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Farah Kartini Abdullah dipercayai meninggal dunia, beberapa hari sebelu...