Saturday, June 29, 2024

Polis kesan empat suspek samun berkumpulan kedai emas


SUNGAI PETANI: Polis sedang mengesan beberapa suspek dipercayai terbabit dalam kejadian samun berkumpulan di sebuah kedai emas di Jalan Bakar Arang, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Wan Azharuddin Wan Ismail, berkata Pusat Kawasan Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda menerima panggilan kejadian itu pada 4.45 petang.

Beliau berkata, siasatan di lokasi kejadian mendapati, terdapat dua pekerja berada dalam kedai emas berkenaan sebelum didatangi tiga suspek bertopeng muka dan bersarung tangan manakala seorang lagi sedang menunggu dalam sebuah kereta Perodua Myvi putih.

"Kesemua suspek berjaya melarikan sejumlah barang kemas yang anggaran nilainya masih dalam siasatan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Wan Azharuddin berkata, tiada mangsa cedera dalam kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan," katanya.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu boleh menghubungi IPD Kuala Muda di talian 04-4299222 atau pegawai penyiasat kes, Asisten Superintendan Bukhari Idris di talian 017-4794933.



 

No comments:

Post a Comment

Mayat Nur Farah hampir reput ketika ditemui - Ketua Polis Selangor

SUNGAI BULOH: Graduan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Farah Kartini Abdullah dipercayai meninggal dunia, beberapa hari sebelu...