TIGA individu cedera parah selepas terlibat dalam kemalangan kereta bertembung dengan motosikal di Kuala Ketil, Kedah pada Rabu.
Tangkap layar kejadian kemalangan yang berlaku di Kuala Ketil, Kedah.
Kejadian dipercayai berlaku kerana mangsa yang terlibat melanggar lampu isyarat tetapi tidak dapat dipastikan sama ada pemandu kereta atau penunggang motosikal yang melakukan kesalahan tersebut.
Dalam satu hantaran di laman X menunjukkan seorang lelaki memakai pakaian serba hitam mengalami kecederaan teruk pada bahagian kepalanya.
Turut dilihat, seorang mangsa yang masih remaja nyaris putus kaki setelah mengeluarkan darah yang sangat banyak pada kedua-dua belah kakinya.
Seorang lelaki menahan kesakitan selepas terlibat dalam kemalangan di Kuala Ketil.
Orang ramai yang berada di sekeliling kejadian turut dilihat membantu mangsa dengan meneliti barangan keperluan seperti lesen dan kad pengenalan.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet berasa bimbang dengan keadaan mangsa.
"Umur baru berapa itu tahu-tahu kaki dah jadi macam itu. Harap-harap boleh pakai balik. Haih," kata Arfabdim.
"Harap kakinya boleh diselamatkan. Laju-laju nak pergi mana," kata Simunjan46.
"Fuh tak tahan tengok, sakitnya," tulis Kimola94.
Setakat berita ini ditulis, belum ada sebarang kenyataan daripada pihak berkuasa mengenai kejadian itu.
No comments:
Post a Comment