Tangkap layar seorang penunggang motosikal dipercayai cedera parah selepas terlibat dalam satu kemalangan melibatkan sebuah lori di Lebuhraya PLUS pada Jumaat.
Klip kemalangan berkenaan turut di muat naik di laman X, pada hari yang sama.
"Kemalangan motor dengan lori. Lokasi di Tanjakan maut Kota Damansara," tulis pentadbir laman X @update11111.
Melalui video berdurasi kurang seminit, penunggang motosikal berkenaan berada di laluan kiri jalan.
Namun secara tiba-tiba, mangsa dilihat seperti hilang kawalan dan merempuh belakang lori berkenaan.
Impak daripada rempuhan tersebut menyebabkan mangsa terpelanting ke tepi jalan.
Turut kedengaran suara seorang wanita, dipercayai penumpang pemilik kenderaan tersebut menjerit terkejut.
"Lailahaillallah (mengucap). Macam mana dia (mangsa) boleh langgar?" jeritnya.
Setakat berita ini ditulis, tidak dapat dipastikan keadaan mangsa dan belum ada sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa.
No comments:
Post a Comment