Wednesday, July 3, 2024

Tiga individu cedera parah terkena letupan lori tangki minyak di Brazil

 TIGA individu hampir maut selepas sebuah lori tangki minyak meletup di sebuah jalan yang menghubungkan dua bandar besar di Brazil pada Khamis.

Tangkap layar video sebuah lori tangki minyak meletup di

Brazil pada Khamis.


Menerusi video yang tular dalam media sosial, insiden itu telah mengakibatkan kesesakan lalu lintas yang sangat dahsyat.

Ia selepas banyak kenderaan tidak boleh meneruskan perjalanan kerana lori tersebut sedang terbakar di tepi jalan raya.

Berdasarkan video berdurasi 21 saat itu, api yang sedang marak di bahagian tangki minyak lori itu secara tiba-tiba meletup dengan sangat kuat.

Malah kelihatan beberapa pengguna jalan raya juga lari bertempiaran selepas lori itu meletup disebabkan kesan daripada insiden terbabit.

Menerusi ciapan yang dimuat naik oleh @Volcaholic kejadian itu berlaku di jalan BR-010 di antara dua bandar iaitu Paragominas dan Ulianopolis yang terletak di bahagian selatan Brazil.

Letupan itu juga telah menyebabkan tiga individu mengalami kecederaan serius.

Sehingga kini, tiada laporan rasmi daripada media tempatan berkenaan insiden tersebut. 

No comments:

Post a Comment

Mayat Nur Farah hampir reput ketika ditemui - Ketua Polis Selangor

SUNGAI BULOH: Graduan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Farah Kartini Abdullah dipercayai meninggal dunia, beberapa hari sebelu...