SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membekukan kira-kira 20 akaun bank pasangan pempengaruh bersama dua lagi individu membabitkan nilai lebih RM700,000 susulan siasatan penyelewengan dana derma awam.
Sumber SPRM mendedahkan bahawa akaun itu termasuk akaun peribadi dan syarikat, disyaki telah digunakan untuk menerima sumbangan dalam talian.
"Ada kemungkinan lebih banyak akaun bank akan dibekukan," katanya.
Pengarah Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram SPRM, Datuk Mohamad Zamri Zainul Abidin mengesahkan perkara itu ketika dihubungi.
Beliau berkata, akaun itu dibekukan di bawah Seksyen 44 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. — The Star/ JUSTIN ZACK
No comments:
Post a Comment