WANITA berasal dari Miri, Sarawak yang dilaporkan hilang sejak Rabu lalu ditemukan mati di Felda Gedangsa, Hulu Selangor, Selangor pada Isnin, lapor Harian Metro.
Mangsa dilaporkan hilang dipercayai selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggannya di sekitar kawasan Taman Universiti, Tanjung Malim, Perak pada pada Rabu. — Facebook
Mayat mangsa, Nur Farah Kartini, 25, dilaporkan ditemukan kira-kira 6 petang dipercayai dibunuh individu yang dikenalinya.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan dilaporkan mengesahkan berhubung penemuan individu yang dilaporkan hilang berkenaan.
Menurutnya, polis sudah melakukan tangkapan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Sementara itu, rakan baiknya yang dikenali sebagai Amira memaklumkan menerima berita duka itu.
"Ya saya tahu (dia meninggal dunia)," katanya kepada Majoriti.
Difahamkan wakil syarikat yang merupakan tempat kerja mangsa kini dalam perjalanan ke balai polis berkenaan untuk mengesahkan maklumat berhubung kematian Nur Farah.
Terdahulu, wanita tersebut dilaporkan hilang dipercayai selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggannya di sekitar kawasan Taman Universiti, Tanjung Malim, Perak pada Rabu lalu.
Mangsa juga difahamkan, bekerja di bahagian pemasaran sebuah syarikat percetakan di Tanjung Malim, namun dalam masa sama turut membuat kerja sambilan di syarikat penyewaan kereta.
No comments:
Post a Comment