Saturday, June 29, 2024

Semua pelajar SPM 10A dan ke atas dijamin tempat di matrikulasi — PM Anwar

 SEMUA pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang mendapat keputusan 10A dan ke atas akan mendapat tempat dalam program matrikulasi tanpa mengira latar belakang mereka, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Anwar (depan, dua dari kanan) berkata, ketetapan itu dicapai selepas mesyuarat Kabinet pada Jumaat lalu.



Perdana Menteri berkata, ketetapan itu dicapai selepas mesyuarat Kabinet pada Jumaat lalu.

“Anak-anak kita semua, kalau saya sebut anak-anak, saya maksudkan Melayu, Cina, India, Dayak, Kadazan dan semuanya tanpa terkecuali.

“Jika anak-anak kita mendapat 10A dan ke atas atau mendapat keputusan cemerlang, tanpa terkecuali mereka akan mendapat tempat. Ini jaminan daripada kerajaan.

“Justeru, isu kaum tidak lagi timbul,” katanya ketika berucap pada penutup Minggu Latihan Kebangsaan 2024 di Bukit Jalil pada Khamis (27 Jun).

Tambahnya, langkah berani ini mesti dilakukan bagi memastikan peluang diberikan kepada mereka yang layak.

Anwar juga berkata, butiran keputusan itu akan dikongsikan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek pada Isnin (1 Julai). — The Star/ FAZLEENA AZIZ

Lamborghini terbalik dijilat api, pemandu maut terbabas di Bentong

SEORANG lelaki maut selepas kereta mewah dipandunya, Lamborghini dipercayai terbabas sebelum terbakar di Kilometer (KM) 57.1 Jalan Bentong-Karak arah Timur, Bentong, Pahang pada Ahad.


Mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas KKM dengan mayatnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. - Bomba


Penolong Pengarah Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian tersebut pada jam 9.06 pagi.

Susulan daripada itu, seramai lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bentong bersama dua jentera dikerahkan ke lokasi kejadian.

"Terdapat kebakaran melibatkan sebuah kereta jenis Lamborghini yang telah terbabas dengan peratusan kebakaran kira-kira 100 peratus.

"Seorang lelaki dewasa iaitu pemandu tersepit di dalam kereta manakala satu perempuan dewasa iaitu penumpang kereta telah dikeluarkan dan dibawa ke hospital oleh orang awam," katanya dalam satu kenyataan.

Ismail berkata, kerja pemadaman menggunakan dua aliran hos salur bantu mula air tangki pam jentera selain mengeluarkan mangsa.

Menurut beliau, mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan mayatnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Dalam pada itu, video mengenai kejadian tersebut turut tular menyaksikan keadaan kenderaan terbabit yang berada dalam keadaan terbakar hangus di tepi lebuh raya terbabit. 

Tembak di KLIA: Sebutan semula kes Hawari 11 Ogos


KOTA BHARU: Mahkamah Sesyen hari ini menetapkan 11 Ogos sebagai tarikh sebutan semula kes seorang pengurus syarikat agensi pelancongan yang didakwa atas tujuh pertuduhan termasuk memiliki senjata api.

Hakim, Zulkifli Abllah memaklumkan tarikh berkenaan adalah untuk pengurusan kes dan status permohonan Hafizul Hawari, 38, untuk dipindahkan ke Mahkamah Sesyen Sepang.

Prosiding dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Faiz Fitri Mohamad.

Peguam mewakili Hafizul, Nik Mohd Faris Syazwan Zainuzzaman, berkata prosiding hari ini juga adalah sebutan semula kes namun pihaknya belum mendapat keputusan berhubung permohonan yang dibuat.

"Sebelum ini kita memohon kepada pihak pendakwa raya untuk memindahkan semua tujuh kes Hafizul ke Mahkamah Sepang memandangkan anak guam kami juga mempunyai kes di sana.

"Mahkamah tetapkan 11 Ogos sebagai tarikh sebutan semula bagi mengetahui status permohonan berkenaan.

"Hafizul kini ditempatkan di Penjara Sungai Buloh," katanya.

Media sebelum ini melaporkan, Hafizul didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas tujuh pertuduhan termasuk memiliki senjata api, 15 April lalu.

Bagaimanapun tertuduh, Hafizul Hawari, 38, mohon dibicarakan terhadap semua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Nik Habri Muhamad.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa memiliki senjata api pistol tertulis Glock 19 Austria, Made in Turkey, menyalahi Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971, yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 14 tahun dan sebat minimum enam kali.

Pertuduhan kedua, lelaki itu didakwa memiliki 33 butir amunisi PMC 380 AUTO tanpa lesen sah mengikut Seksyen 8 (a) Akta Senjata 1960 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 8 akta sama.

Ia memperuntukkan maksimum tujuh tahun atau denda tidak lebih RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

Pertuduhan ketiga, dia didakwa memiliki satu bungkusan plastik cerah mengandungi mercun bola tanpa permit mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 dan boleh dihukum di bawah akta sama, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda sebanyak RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

Bagi pertuduhan keempat hingga keenam, tertuduh didakwa memiliki tiga kad pengenalan milik tiga individu lain yang menjadi kesalahan mengikut 25(1)(o) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990, yang boleh dipenjara tidak lebih tiga tahun atau dengan denda sehingga RM20,000 atau kedua-duanya sekali.

Pertuduhan ketujuh, lelaki itu didakwa memandu Honda Civic warna putih yang menggunakan nombor pendaftaran palsu mengikut Seksyen 108(3)(f) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan boleh dihukum di bawah akta sama.

Semua pertuduhan itu dilakukan di dalam Honda Civic di perkarangan KPJ Perdana Specialist Hospital di sini, jam 2 petang, 15 April lalu.


 

Lelaki dan teman wanita ditahan langgar MPV


ALOR GAJAH: Gara-gara takut ditangkap khalwat, pasangan kekasih nekad melarikan diri dengan merempuh kereta Peronda (MPV) Bahagian Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti (BPJKK) Daerah Alor Gajah di Jalan Sungai Tuang, Kuala Sungai Baru, Masjid Tanah di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan Ashari Abu Samah berkata, kejadian berlaku 9.45 malam ketika dua anggota membuat rondaan pencegahan jenayah di kawasan itu berhenti untuk memeriksa pacuan empat roda Ford Ranger dinaiki pasangan terbabit.

Beliau berkata, anggota terbabit memberhentikan kereta peronda di belakang pacuan empat roda terbabit yang dalam keadaan mencurigakan di kawasan sunyi serta gelap.

"Anggota peronda memberhentikan kenderaan di belakang Ford Ranger itu dengan menyalakan lampu becon light, namun pemandunya cuba melarikan diri dengan mengundurkan kenderaan sehingga melanggar kenderaan pasukan polis.

"Suspek lelaki berusia 44 tahun itu bagaimanapun, berjaya ditahan bersama seorang wanita berusia 25 tahun di dalam kenderaan itu," katanya dalam kenyataannya hari ini.

Beliau berkata, pasangan berkenaan didapati bertindak sedemikian kerana takut ditangkap khalwat.

"Kejadian itu menyebabkan MPV Polis mengalami kerosakan pintu hadapan sebelah kiri penumpang, pecah cermin tingkap dan pintu tidak boleh dibuka lagi.

"Kedua-duanya ditahan dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam," katanya.
 

Lelaki ditahan langgar MPV polis


MELAKA: Seorang lelaki ditahan selepas melanggar kereta peronda polis (MPV) di Jalan Sungai Tuang, Kuala Sungai Baru, semalam.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Supt Ashari Abu Samah berkata kejadian kira-kira 9.45 malam itu berlaku gara-gara lelaki berusia 44 tahun dan pasangannya berusia 25 tahun itu takut ditangkap khalwat oleh anggota unit MPV Bahagian Jenayah dan Keselamatan Komunti daerah yang melakukan rondaan cegah jenayah.

"Pasangan itu yang menaiki pacuan empat roda jenis Ford Ranger didapati berada dalam keadaan mencurigakan di kawasan sunyi dan gelap.

"Dua anggota unit MPV yang melakukan rondaan kemudian menghentikan kenderaan mereka di belakang pacuan empat roda itu dengan menyalakan lampu mata arah, namun pemandunya enggan bekerjasama dan cuba melarikan diri dengan mengundurkan kenderaan itu hingga melanggar MPV itu," katanya dalam kenyataan malam ini.

Beliau berkata pasangan berkenaan yang berjaya ditahan selepas itu didapati bertindak sedemikian kerana takut ditangkap khalwat.

Menurut Ashari rempuhan kuat itu menyebabkan pintu hadapan MPV itu rosak dan tingkapnya pecah.

Kedua-duanya yang tidak memiliki rekod jenayah dan negatif terhadap dadah, katanya disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam.
-- BERNAMA


 

Polis kesan empat suspek samun berkumpulan kedai emas


SUNGAI PETANI: Polis sedang mengesan beberapa suspek dipercayai terbabit dalam kejadian samun berkumpulan di sebuah kedai emas di Jalan Bakar Arang, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Wan Azharuddin Wan Ismail, berkata Pusat Kawasan Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda menerima panggilan kejadian itu pada 4.45 petang.

Beliau berkata, siasatan di lokasi kejadian mendapati, terdapat dua pekerja berada dalam kedai emas berkenaan sebelum didatangi tiga suspek bertopeng muka dan bersarung tangan manakala seorang lagi sedang menunggu dalam sebuah kereta Perodua Myvi putih.

"Kesemua suspek berjaya melarikan sejumlah barang kemas yang anggaran nilainya masih dalam siasatan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Wan Azharuddin berkata, tiada mangsa cedera dalam kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan," katanya.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu boleh menghubungi IPD Kuala Muda di talian 04-4299222 atau pegawai penyiasat kes, Asisten Superintendan Bukhari Idris di talian 017-4794933.



 

Pemandu bas terbabit nahas 2 maut tiada lesen memandu, ada 27 rekod saman - Polis


KUALA LUMPUR: Polis mendapati pemandu bas persiaran yang terbabit dalam kemalangan maut mengorbankan dua pelancong di Kilometer (Km) 16.5 Jalan Genting Highlands, Bentong, pagi tadi didapati tidak memiliki lesen memandu.

Malah pemandu bas berusia 32 tahun terbabit juga mempunyai 27 rekod saman lampau atas pelbagai kesalahan.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar, berkata kesalahan itu dikesan selepas polis melakukan semakan terhadapnya.

"Kita sedang menjalankan siasatan serta akan mengambil tindakan susulan selepas pemandu bas selesai mendapatkan rawatan.

"Pada masa ini, pemandu terbabit mengalami kecederaan akibat kemalangan," katanya kepada media hari ini.

Zaiham berkata, dalam kejadian sekitar jam 10.35 pagi itu bas persiaran yang membawa 18 penumpang warga asing dan tiga warga tempatan terdiri daripada pemandu bas, pembantunya dan pemandu pelancong, terbabas sebelum melanggar tembok tengah pembahagi jalan di Km 16.5, jalan turun Genting Highlands, Bentong menuju ke ibu negara.

"Kesemua mangsa berjaya dibawa keluar dari bas manakala dua lagi penumpang lelaki yang juga pelancong warga China yang dikenali sebagai Zhang Ping, 58, dan Wang Shuhong, 49, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

"13 mangsa yang cedera dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) manakala enam lagi menerima rawatan di Hospital Bentong," katanya.

Sehubungan kejadian ini polis meminta saksi kejadian untuk tampil bagi membantu siasatan.


 

Friday, June 28, 2024

Pemandu bas terbabit nahas di Genting Sempah tiada lesen memandu, ada 27 rekod saman — Polis

 PEMANDU bas persiaran yang terbalik dalam kemalangan maut di Kilometer 16.5 Jalan Genting Highlands dekat Bentong, Pahang pada Sabtu tidak mempunyai lesen memandu.


Sebuah bas persiaran membawa pelancong China dilaporkan terbabas di laluan Genting Sempah-Genting Highlands, Bentong, Pahang pada Sabtu.


Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, pemandu berusia 32 tahun itu juga didapati mempunyai 27 saman lampau yang melibatkan pelbagai jenis kesalahan.

Menurutnya, kesalahan itu dikesan selepas polis melakukan semakan terhadapnya.

"Kita sedang menjalankan siasatan serta akan mengambil tindakan susulan selepas pemandu bas selesai mendapatkan rawatan," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Zaiham berkata, dalam nahas kira-kira pukul 11 pagi itu, pemandu bas berusia 32 tahun berkenaan dilaporkan mengalami kecederaan.

Tambahnya, kemalangan yang dipercayai berlaku ketika bas membawa 21 penumpang termasuk pemandu itu dalam perjalanan turun dari Genting Highlands menuju ke Kuala Lumpur.

"Ketika tiba di lokasi kejadian, bas terbabit terbabas melanggar tembok tengah pembahagi jalan sebelum terbalik.

"Akibat kejadian, dua penumpang warga China, Wang Shuhong, 49, dan Zhang Ping, 58 disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya.

Zaiham memaklumkan, pemandu bas, pembantu dan pemandu pelancong warga tempatan serta 16 penumpang Warga China berjaya dibawa keluar dari bas sebelum dihantar ke hospital untuk menerima rawatan.

Ujarnya, seramai 13 mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) manakala enam lagi dibawa ke Hospital Bentong untuk menerima rawatan lanjut.

"Orang ramai yang melihat kejadian atau mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan," jelas beliau. 

Bas persiaran pelancong terbalik di Genting Sempah, 2 penumpang maut

 SEBUAH bas persiaran dilaporkan terbalik di Kilometer 16.5 laluan Genting Sempah-Genting Highlands, Bentong, Pahang kira-kira pukul 11 pagi Sabtu.


Sebuah bas persiaran membawa pelancong China dilaporkan terbabas di laluan Genting Sempah-Genting Highlands, Bentong, Pahang pada Sabtu. - Ihsan bomba


Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani menerusi laporan Sinar Harian berkata, mangsa yang maut merupakan dua penumpang lelaki dipercayai warga China.

Menurutnya, pemandu bas, dua pemandu pelancong warga tempatan dan 16 penumpang warga China yang lain dilaporkan cedera dan berjaya dibawa keluar.

"Pihak bomba menerima panggilan berhubung kejadian pukul 10.43 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Genting dan Unit Bomba Genting ke lokasi untuk operasi menyelamat," katanya.

Rakaman kejadian tular di laman sosial dan meraih perkongsian ramai warganet.

Tambahnya, anggota bomba membantu mengeluarkan mangsa dengan menggunakan peralatan menyelamat.

"Mangsa yang cedera diserahkan ke hospital menaiki ambulans untuk rawatan, manakala mangsa yang maut dihantar kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya. 

Pembantu ladang bunuh adik dihukum gantung


SEREMBAN: Pembantu ladang dijatuhi hukuman gantung di Mahkamah Tinggi, di sini, hari ini selepas didapati bersalah membunuh adik lelaki kandungnya, empat tahun lalu.

Hakim Datuk Rohani Ismail menjatuhkan hukuman itu terhadap K Paramasivam, 49, selepas tertuduh didapati bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh melakukan suatu kesalahan membunuh dengan menyebabkan kematian seorang lelaki antara jam 11 pagi hingga 1 tengah hari di sebuah ladang kelapa sawit dekat Rantau, di sini, pada Jun 2020.

Terdahulu, Peguam Raftfizi Zainal Abidin yang mewakili tertuduh merayu hukuman penjara 30 ke 40 tahun kerana mangsa dalam kes berkenaan adalah adiknya sendiri dan tertuduh tiada niat untuk membunuhnya.

Beliau berkata, ketika kejadian tertuduh mengaku dalam keadaan mabuk dan kejadian berlaku dengan pantas, selain memohon mahkamah mengambil kira tertuduh tiada rekod jenayah.

Raftfizi turut berhujah tempoh penjara maksimum selama 40 tahun memberi pengajaran kepada tertuduh dan jika dibebaskan kelak, tertuduh sudah berusia lebih 80 tahun.

Bagaimanapun Timbalan Pendakwa Raya Alauddin Baharom, mencadangkan hukuman gantung dikenakan terhadap tertuduh kerana berdasarkan fakta kejadian, tertuduh memanggil adiknya ke ladang kelapa sawit dengan menggunakan alasan petrol.

Tambahnya, tertuduh memang berniat dan merancang membunuh adiknya, selain mengambil kira 13 kecederaan pada keseluruhan badan yang dianggap kejam.

Malah katanya, mayat si mati dibiarkan sehingga berulat di ladang kelapa sawit berkenaan sebelum dijumpai orang awam.


 

Mayat Nur Farah hampir reput ketika ditemui - Ketua Polis Selangor

SUNGAI BULOH: Graduan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Farah Kartini Abdullah dipercayai meninggal dunia, beberapa hari sebelu...